Monday, December 07, 2015

Hikmah dan Rezeki



"Subhanallah. Rezeki Allah tu luas kan? Mcm dalam ayat seribu dinar tu."

Ujarku sambil berpaling ke arah sahabatku yg ketika itu sedang fokus memandu. Tanpa berpaling, sahabatku hanya tersenyum.

"Wayarzukuhu min haisu la yahtasib."

Ayat itu bergema di dalam kotak ingatan - secebis ayat yang terpalit dalam lipatan salah satu surah dalam Quran. Ayat penuh hikmah dan nikmah.

Maksudnya:
Dan Dia memberikan rezeki kepada hamba-Nya melalui jalan yg tidak disangka-sangka.
Begitulah rezeki Allah. Allahu robbi. Indahnya kurniaanMu. Alhamdulillah.

...

Penyertaanku dalam pertandingan produk inovasi PECIPTA 2015 anjuran UPSI di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) sangatlah bermakna. Walaupun tidak beroleh apa-apa pingat mahupun anugerah, hatiku pulang berbunga-bunga. Bukan sahaja pengalaman yang tidak ternilai yang aku peroleh, aku juga mengetahui sesuatu hal yg lain yg amat bermakna.

Aku sudah sekian lama berteka-teki tentang siapakah yang bakal menjadi external examinerku saat aku menghadapi viva voce nanti. Kawan2 seangkatan yang masih belum pun menghantar thesis sudah pun terlebih dahulu maklum akan pemeriksa luar masing-masing. Nah, aku? Aku sahaja yang bingung - tidak tahu malah jahil. Terpalit rasa kecewa, aku agak dirundung hiba dan inferior. Mengapa aku tidak tahu? Why am I the only one kept in the dark? It is not fair.

Sangat penting untuk bakal pelajar yang mahu viva maklum mengenai bakal pemeriksa luar. Ini kerana pelajar akan lebih bersedia dengan style dan rentak pemeriksa itu. Mungkin pelajar boleh cuba membaca papers dan publications yg diterbitkan oleh pensyarah tersebut. Ini akan menjadikan pelajar lebih tenang dan yakin ketika mahu disoal dalam sesi viva nanti. Tak kenal maka tak cinta kan?
Rupa-rupanya rungutan hatiku sampai ke atas sana. Subhanallah. Alhamdulillah.

Allah mentakdirkan beliau datang ke  program PECIPTA itu. Allah takdirkan rasa tergerak di hatinya untuk menjengah booth pameranku di mana waktu itu aku seorang sahaja di situ sambil mata melilau melihat pengunjung yang lalu lalang. Aku hanya tersenyum saat pertama kali melihat kelibat Dr Zainab ini di depanku. Beliau malah datang bersama timbalan dekan PPSA UMT yang super famous kalah FamousAmos: Assoc Prof Wan Mohd Khairul (Nicknamed Dr Kay).

Aku hulurkan tangan dan bersalam dengan Dr Zainab dari UNIMAS. Sejuk sahaja riak air mukanya. Aku mengukirkan senyuman, masih tidak tahu saat itu bahawa beliaulah bakal pemeriksa luarku. Apa yang aku tahu  ialah beliau pernah memberi lecture ketika satu program wacana kimia kira-kira 2 tahun lepas tentang projek beliau mengenai penghasilan fire retardant panel from sago waste which I found to be so interesting.

Dr Kay tiba-tiba berkata,

"Ha. Dah bolehlah viva kat sini."

Sambil tersenyum. Aku agak tersentak. Viva?

Adakah ini external examiner ku? Aku hanya senyum. Aku cuba kawal air mukaku so that it won't be apparent to them that I actually had no idea about her being my external examiner in the very first place. What I learnt from the incident is that I will have to know how to react to things around me by subtly reading the atmosphere so that I could benefit a lot from any incident. Yeah keep that in mind.
Aku teruskan senyum walau dalam hati membuak-buak dengan seribu juta persoalan. Namun dalam hati sudah yakin bahawa Dr Zainablah orangnya. Aku melihat Dr Zainab senyum sambil membelek2 produk inovasi Chitogel di atas meja beralas kain biru satin itu. Sesekali beliau bergelak tawa dengan Dr Kay diselangi dengan pandangan matanya ke arah poster pameran. Beliau nampak teruja.

"Jannah, you boleh terangkan apa yang you buat ni? I tak baca pon lagi thesis you."

Sambil senyum melihat Dr Kay yang juga tersenyum.

Aku pun menerangkan overview projekku. Setelah itu, beliau berkata

"Ha boleh lah minor correction."

Sambil gelak2 dengan Dr Kay. Hahahahaha. Mesra sungguh Dr Zainab ni. Dr Kay pon suka bergurau. Hikhik. Dr Kay pulak duduk gebang2 pasal aku punye sijil2. Malu pulak kita. Hummm. Semua tu takkan kuperoleh tanpa kurniaan Allah. Dan mungkin jugak  rezeki ini berlaku dan dilimpahkan bukan atas sebab doa dari diriku pacal hina yg super berdosa ni. Mungkin doa dari ibu dan ayah serta sahabat yg ikhlas mendoakan itu yang memungkinkan segala dari Allah.

Wayarzukuhu min haisu la yahtasib.

Benarlah kata-kata Allah. Allahuakbar!

Ditulis selama setengah jam atas katil empuk.





Dr Zainab UNIMAS

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers