Wednesday, January 06, 2016

Cringeworthy




me before 7 Januari 2016. lalalalala~~





Sebenarnya nak wak sedap hati je sebelum hadapi menda tu. Padahal dah kali ke berapa da melompat ke toilet sebab nervous berlatih present slides seminggu sebelum tarikh keramat tu. Sebab tu wak kool waklek je last minute. Taknak da experience irregular bowel movement. Hahaha. Hurmm. Malam sebelum tu pun aku tidur awal. Taknak lah bersengkang mata baca balik buku tebal semata nak jadi smart-ass keesokannya. Takdenye nak masuk dalam kepala dah masa tu. Maunya jadi mata panda kalu stay up. 





7 hb Januari - Tarikh sebenar viva voce. Tahu lama mana aku viva? 3 JAM. Ye, tiga jammm broo!!!!! Arghhhh!!! Mata nie asyik pandang jam je masa external examiner sibuk duk belek-belek thesis yang dah sedia berconteng atas bawah depan belakang. Gulp! Time tu telan air liur je. Time tu bermacam-macam perkara bermain di fikiran - luluskah aku? Major kah? Minor kah?? Muka macam ayam kene ketik tunga. Dahla mereka (examiners) sangat seronok memberi komen kepadaku. Macam banyak gile soalan. Gaya mula-mula Dr Zainab bagi komen lebih kepada discussion. Aku agak lega lah masa 1 jam pertama tu. Sebab mereka lebih kepada nak betulkan format. Ya, FORMAT. Name it: reference format, language format, bahasa bunga-bunga. Hey, kau tulis thesis akademik, bukan karang sajak puisi macam Fynn Jamal. Waakakakakaa. Habis kene bambu sebab buat ayat berbunga. 




Masuk jam kedua, dalam pukul 11.00 pagi tu, depa start dahhh tanya soalan menguji. Aduihhhh. Soalan paling scary - Why chitosan must be modified in order for it to be used as wound dressing? Alamak!!! Ayat tu ayat general la Dr. Ayat tu aku refer kepada chitosan used as pill filler or excipient or chitosan as drug delivery system. Tapi Dr nak dengar jawapan aku with regards to what my research was about. Gulpppp~ Gullppp~~~ Aku pun apa lagi, gorenggg!!!! Sampai Dr KA pun kata aku merapu je jawab. Sampai dia pun tak paham apa yang aku mengarut kat depan. Dr Zainab siap kata "Aiii Jannah awak tak menjawab soalan nie." Alahaiii malunya!!! A cringe-worthy experience indeed. 





Errr tuan puan boleh izinkan saya ambil angin kat luar? Rasa nak terjun bangunan pun ada. (embarrassed tahap gaban).






Aku jugak banyak salah guna term. Instead of amine, aku letak amidic. Dr Zainab suh tukar. Instead of carbonyl, aku taruk carboxyl. Gile apa kemain besar silap tu. Kalu bukan kerna rezeki, entah2 dapat major. Hahahahahha. Orang letak functional group, dia letak functional peak. Kau da kenapa suka-suka guna term? Adoii! Rigor, cornucopia, apropos - jargon gila perkataan, Sila elakkan sebab susah nak paham, ujar internal examiner, Dr Aniza Harun yang cun melecun. Pastu soalan yang lagi satu yang membuatku nak benam kepala dalam longkang is, bile Dr Zainab tanya "Produk ni masuk drug ni by grafting or synthesis?" Ha, aku da cuak dahhh. Nak jawab pun pening. Pelik bebenor soalan dia. Hmmmmm.. Jawablah labu. Dahla examiner penat datang dari UNIMAS, delay pulak 7 jam kat airport masa nak gi KT dari KL. Hargailah external examiner anda. 




Yang paling 'win' ialah tang REFERENCE. Memang haprak reference aku. Tapi respek ngan cara examiners comment. Diorang comment as a way of improving, not ridiculing. They stated clearly what to do and pinpointed at which direction the correction should be made. Phuhh. Nasib baik dapat panel viva yang baik-baik belaka. Syukur. Terima kasih semua sebab tanya soalan2 yang best je. Bukan menghentam. Dapat pengacara majlis pun best, Ayahku. Terima kasih Ayahku. Ayahku siap defend aku punya usage of word "cure" untuk polymer as to interaction of glycerine with gellan gum upon cooling. Pendek kata, viva ni dia cek hingga sekecik-kecik word. So kau kene tahu apa maksud word yang kau guna. Jangan letak if tak pasti. Bahaya! Boleh mengakibatkan kemalangan hahaha.





errr cepatla abis, cepatlah abis. muka bawah muka kelegaan. Hehehehe~~~~~





All in all, aku banyak kena tegur pasal FORMAT. Yang penting, CONTENT mesti strong. If not, the whole thesis won't be deemed fit to be hardbound. Lagi satu, curriculum vitae pon mesti strong. Sebelum habis komen, examiner luar kata CV aku ni penyejuk hati la skit. Sebab sebelum tu reference hancur la jugak. Hahaha. So ending dia comel. LEGAAAA. It was so fortunate having an sv who pushed me to participate in innovation competitions and made me write paper to the conference in Sarawak. But above all, luck is also important. Like the one about me meeting my external sv at Pecipta 2015 and had the pleasure of introducing my research to her before actually meeting her here today at Bilik Al-Biruni for my viva. So she might already have had that first impression of me. Who'd have thought that your external examiner would be at the exhibition amidst those throng of people and came to my booth on top of it?? Again, I was lucky. I also am very lucky for having a mom's dua. A mom's dua for her children is so precious. It can divert harm from touching you, and it can turn a doom to bloom. 



Yang penting, hubungan dengan Allah jangan putus. Selalu berdoa. Doa, doa, doa, doa dan doa. Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Rezeki dia luas. Walaupun kau rasa malu nak mintak ngan Dia apa-apa sebab kau rasa kau tu berdosa sebesar gunung sekalipun. Allah maha Pengampun. Ingat tu! Jangan sangka buruk dengan Dia. Ala setakat viva Dia boleh bagi lah lulus. Kacang je. Kun fayakunn. Dia kan Arrozzak. 




Last but not least, thanks to kawan-kawan yang tolong support, tolong doakan. I really heart you people. Wani, Bella, Dzilal, geng2 lab pusat, kawan-kawan, staf2 makmal, makcik makcik cafe, abang ngantuk restoran, pakcik cleaners , pakcik makcik guard, (haa habis semua sebut). Muchas gracias por todo lo que haces. Tu esta mui importante de mi vida (aik tetiba Spanish whatdee??). 




Ciao. Nak tido. 





p/s: lega dapat minor. oit cepat buat correction!
p/s/s: jangan jadi macam aku yang tanya balik soalan ke pemeriksa. hahahahaha. fail betul cara jawab soalan. kene bambu sekarung guni ngan SV. rasa nak deform masa tu jugak, crumble into smithereens of dustssss.

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers