Tuesday, July 05, 2016

Attack of Brownies

This new recipe is really chocolatey. Nama brownies ni pun brownies coklat kedut. As compared to before, this recipe makes use of less amount of butter, but more chocolate bars as to give the wrinkly final finishing of the chocolate garnish. Oh it is sinfully delicious! The sweet smell of chocolate batter being baked inside the oven filled the room and evoked strong desire to take a bite and savour the tantalizing chocolate treat. You feel so eager to taste the sinfully delicious piece of art but you are fasting okay? Hold that thought.



















bekas itam lagi less melekat compared to bekas putih. 



Ughhh... this one type of dessert can surely get your pound scale chugging during hari raya. Be prepared to have your mass skyrocket during raya seasons with all the raya feasts you name it: rendang, lemang, nasi minyak, nasi dagang, kuih muih, satay, soto and other calory-laden meals. Oh what a guilty pleasure.




Resepi:
http://www.wanista.com/brownies-coklat-kedut/





p/s: kalu ikut resipi kena bakar suhu 160 for 30 minutes. tp aku kene bakar lebih skit dlm 35 minit so that senang potong. se agi kalu nak mix telur 4 bijik tu, kena pukul sekejap je. kalu tak dia akan jadi ala2 pavlova yg chewy tu. hahah..... but seriously resipi yg ni memang sedap..... kaya dengan coklat. kalu guna coklat beryls atau van houten mesti jadi lagi best.



Anda peminat hidangan manis? Nah, kami kongsikan resepi enak ini, Brownies Coklat “Kedut” yang harus anda cuba.
Bahan-Bahan
400 g coklat kompound (dipotong kasar)
150 g mentega
100 g gula perang
100 g gula kastor
4 biji telur
1 sdk perasa vanila
100 g tepung naik sendiri*
30 g serbuk koko*
*satukan dan ayak
Cara-Cara Penyediaan
  1. Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah ‘double boiler’. Tutup api dan angkat.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.
  3. Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.
  4. Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
  5. Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
  6. Tuang dalam loyang dan ratakan.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160°C selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
  8. Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
  9. Keluarkan dan potong mengikut citarasa anda.
Nota:
  • Jika mahu buat separuh adunan, gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci.
  • Boleh juga guna tepung gandum, cuma tambahkan 1/2 sdk serbuk penaik.
  • Gunakan mentega dan coklat kompound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
  • Boleh juga ditambah kekacang 100 g jika suka.


No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers