Sunday, November 06, 2016

of cancer and negativities





Maafkan aku kerana mengeluh.

Maafkan aku kerana bersedih dan mengaduh.

Sedangkan ada di luar sana yg jerih memerah peluh.

Demi sesuap nasi sedangkan aku perut senantiasa penuh.



Maafkan aku kerana leka.

Selalu berhibur selalu bersuka ria.

Berangan angan dan buang masa.

Sedangkan tubuh sihat harus bersedia.

Membanting tulang membuat kerja.



Maafkan aku yang selalu membentak,

Merasa hidup sangat sesak,

Mempersoal takdir ku begini mengapa tak begitu.

Sedangkan semua ini takdir dari Mu,


Maafkan aku kerana tak bersyukur,

Selalu mengeluh selalu kufur,

Sedang nikmat-Mu tidak terbatas,

Hanya tinggal untuk dipinta dan dipohon ke atas.



Maafkan aku kerana lupa,

Segala doa yg Kau perkenan,

Di saat hiba di saat tenang,

Kau sentiasa memerhatikan.




Maafkan aku kerana lalai,

Selalu alpa dengan keselesaan,

Sedang hidup hanya persinggahan,

Untuk berjuang untuk beramal kebaikan.



Berikanlah aku pengakhiran baik.

Seperti hamba-Mu yg dahulu.

Pergi dalam kemuliaan.

Diangkat darjat diberi kelebihan.

Matikanlah aku dalam keimanan.




Artikel mengenai kanser disebabkan oleh negative feelings.


http://theheartysoul.com/negative-feelings-cause-cancer/




No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers