Friday, April 14, 2017

Tanda Pada Tubuh

Image result for dopamine tattoo


semalam layan Conan. walau cerita kanak2, aku dapat belajar banyak dari cite conan. seriously. lagi banyak daripada drama malay yg haprak tu. maaf cakaplah.



ada satu kes, sorang pakar bedah masuk ofis detective mouri. lepas tu conan nampak tangan doktor tu ada kesan torehan, macam org dalam bilik bedah biasa pegang benang suture tu masa nak jahit luka bedah. sebab tu conan boleh teka orang tu kerja sebagai pakar bedah sebelum org tu declare dia kerja sebagai apa. conan memang hebat. peka je dengan sekecik2 mende. haha. tapi hebat lagi tuhan yg cipta kita.



bottomline aku kat sini, dalam hidup ni, apa2 yg kita buat, akan tinggal kesan pada tubuh kita. 



macam kes tadi, mark benang tu membuktikan pekerjaan dia sebagai seorang pakar bedah. maka, sekecil-kecil benda akan tinggalkan tanda pada tubuh kita, sama ada besar atau kecil, sama ada kita sedar atau tak.




wa man yakmal miskola zarrotin khoiran yaroh. wa man yakmal miskola zarrotin syarron yaroh. 



tu baru cakap pasal benang, dan kesannya hanya pada fizikal. menda-menda lain yang lebih besar, seperti apa yang kita rasa, kita sebut, kita buat, akan juga beri kesan pada rohani kita. yang ni kita tak boleh nampak, kita just bleh rasa kesannya. macam tu lah dengan amalan kita atas dunia ni. kalau banyak amal baik, kesan baik la yang akan banyak badan kita simpan atau encoded. dan begitulah sebaliknya. cuma mende tu encrypted, ALLAH je tahu kat mana data tu seme disimpan. kita kan org Islam, percaya malaikat hari2 duk tulis dosa pahala kiri kanan bahu ni. "that angel on your shoulder" - phrase ni banyak disebut dalam cerita2 mat salleh, Supernatural contohnya. ajaran semua agama percaya, buat mende baik dapat balasan baik. kan?



apa kita kata, kita sebut, kita dengar, akan beri kesan kepada kita melalui getaran atau wavelength bunyi. macam dengar ayat quran, mende baik, dengar dapat pahala. dengar lagu BTS?! ahahahha. wallahuallam. tu semua lagho okay? aku admit, aku memang tahu lagho, tapi aku sangat suka BTS. apa2 la KPOP ke MPOP ke JPOP seme tu lalai lah. tapi gtulah bak kata kawan aku, kita manusia, fitrah mau berhibur. berhibur tak mengapa, asal tak halang kita dari ibadah, dan pilihlah hiburan yg baik. :)




sampai di sini luahan aku. 



menulis itu terapi.


sekian.


(image - dopamine tattoo)


No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers